Antara projek cendawan yang berpotensi tinggi pada masa kini. Ini adalah kerana, pengeluaran tempatan cendawan jenis ini masih rendah berbanding dengan tanaman cendawan tiram. Jika dibandingkan pengusaha cendawan tiram dan pengusaha cendawan kukur nisbahnya adalah dianggarkan 50:1. Sebagai contoh di negeri Terengganu sendiri pengusaha cendawan tiram dianggarkan mencecah 100 orang tetapi hanya SEORANG sahaja pengeluar utama cendawan kukur di Negeri Terengganu.
Pada pendapat kami, yang telah mengusahakan cendawan kukur bermula hujung tahun 2015, permintaan cendawan kukur segar ini adalah sangat tinggi terutamanya di Negeri2 sebelah selatan dan barat iaitu Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur. Ini merupakan suatu peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mengusahakan projek ini.
Antara tips mengusahakan cendawan kukur adalah, i) mulakannya secara skala kecil. Kerana menanam cendawan kukur tidak seperti cendawan tiram. namun kelebihan cendawan kukur adalah hasilnya cepat dan harganya mahal. Pengeluaran keseluruhan hasil beg cendawan kukur hanya mengambil masa satu (1) bulan sahaja dari tarikh ia mula ditoreh. Tidak seperti cendawan tiram kita perlu menunggu sehingga tiga (3) ke empat (4) bulan untuk mendapat keseluruhan hasil tuaian. Anda digalakkan memulakan projek ini dengan maksima 1000 beg sahaja. ia akan menjadi satu latihan kepada anda untuk mengusahakan cendawan ini yang nyata berbeza dengan cendawan jenis lain proses penjagaannya,
Harga cendawan kukur secara runcit adalah antara RM50 dan RM80 sekilogram mengikut lokasi. Sebagai contoh, kami menjual cendawan kukur dengan harga RM70 sekilogram di Pasar Tani. Harga cendawan kukur kering pula mencecah RM200 sekilogram.
Sempena tahun baru 2018 kami ingin membuka tempahan BEG @ BONGKAH CENDAWAN KUKUR dengan harga istimewa, Tempahan ini adalah untuk penghantaran pada bulan Februari 2018 dan ke atas. Tempahan minima ada 500 beg. Harga biasa beg cendawan kukur adalah RM2.00.. seperti diketahui ramai, harganya memang lebih tinggi sedikit dari harga beg cendawan tiram yang biasanya di bawah RM2.00. Namun sempena promosi ini.... harga yang di tawarkan adalah.....
HARGA BEG/BONGKAH CENDAWAN KUKUR MATANG: RM1.70 SAHAJA!!!
HARGA BEG/BONGKAH CENDAWAN KUKUR MATANG:RM1.70 SAHAJA!!!!
saya nak beli bongkah cendawan kukur wsap saya 0126589182
ReplyDeleteMasih mengusahakan jualan bongkah cendawan kukur ke?
ReplyDelete