Sunday, December 24, 2017

Tempat Menanam Cendawan Kukur

Cendawan kukur atau kulat sisir adalah tanaman cendawan yang agak baru di Malaysia. Walaupun kami telah menanam cendawan sejak 10 tahun yang lalu dan mendengar tentang cendawan ini sudah lama, kaedah tanaman cendawan ini hanya kami kuasai sejak beberapa tahun yang lalu. Kini telah hampir masuk tahun ketiga kami menanam cendawan ini.

 Tidak seperti cendawan jenis lain yang memerlukan rak, cendawan kukur atau kulat sisir tidak memerlukan rak. Ini sebenarnya menjimatkan kos bagi seorang pengusaha yang baru berjinak-jinak untuk mencuba tanaman ini. Kaedah tanaman cendawan kukur adalah dengan menggantung beg tersebut menggunakan tali. Anda boleh menggunakan kaedah pakai buang atau kekal.

Kaedah kekal.
Gunakan tali nylon yang tebal. Pengunaan tali hanyalah sekali sahaja dan bertahan berbulan-bulan. beg tidak dikat secara kekal.



                                                         (Tali putih ini tali nylon tebal)



Kaedah Pakai Buang
Gunakan tali rafia yang dipakai sekali sahaja dan diikat kekal.

                                                 (Tali merah ini tali rafia yang dipakai buang)


Tempat tanaman pula perlu tempat yang terlindung dari matahari dan gelap. Tidak kisah ia berdinding batu atau kayu atau netting, asalkan ada pengudaraan yang baik sudah cukup untuk pertumbuhan cendawan ini.

Cukup kali ini perkongsian tentang tempat menanam cendawan kukur. Untuk akan datang kami kongsi cara menjaga cendawan jenis ini pula.

No comments:

Post a Comment